Wednesday, November 3, 2010

~greenflag WELCOME~

Assalamualaikum w.b.t

Bro..kakak..mak cik..uncle..and tok wan~




Serba salah rasanya untuk menyatakan hal ini. Tapi rasanya perlu diberitahu. Mahu tidak mahu kena tahu. Sebab dah baca.

Blog [greenflag] ini untuk semua. Siapa-siapa sahaja yang nak baca. [greenflag] tak kesah kalau ada yang tak mau baca. Sebab apa yang [greenflag] nak tulis bukannya menarik sangat pomm.

[greenflag] cuba nak bagi tahu yang [greenflag] buat blog ini untuk semua. Dan blog [greenflag] ini terbuka untuk dikritik. Tak ada cerita menarik. Dan ianya blog yang agak bosan. Sengaja [greenflag] buat blog nih nak tambah koleksi blog [greenflag] yang dah sedia ada.

[greenflag] fikir kita kita buat banyak benda baru. Untuk pastikan blog [greenflag] kali ini tidak dapat sambutan ramai. [greenflag] bimbang blog ini jadi poojaan ramai org.

Dan pastinya waktu tu [greenflag] tak sempat nak melayan kerenah rakan2 bloggers [greenflag] mintak supaya blog [greenflag] diupdate setiap jam. [greenflag] pun nak makan minum jugak. Ada anak bini jugak. Apa ingat diorang tu makan batu ka.

Jadi, [greenflag] mengharapkan sangat idea2 korang untuk menjahanamkan blog [greenflag] ini daripada terus tersebar ke seantero doonia. [greenflag] bimbang Barrack Obama pun baca blog [greenflag] yang bosan nih.

ok..sehingga tak bertemu dah lepas nih.

Salam pembukaan untuk perpisaha...dari [greenflag]~

No comments:

Post a Comment